Sunday, November 7, 2010

Sejarah Uma Vaha - Hasrat Dua Sahabat

HASRAT DUA ORANG SAHABAT

Ketika di Long Batu Mavun dan Long Sekedok dari sanalah mula-mula hasrat pemimpin mereka untuk berpindah mencari kawasan yang lebih sesuai dan mempunyai tanah yang subur. Selepas itu mereka berpindah ke Long Marung. Ketika zaman Jepun, banyak di antara orang-orang Uma Vaha mencari rezeki ke Terakan termasuklah pemimpin mereka pada ketika itu iaitu Tingai Bit. Semasa di Terakan, Tingai Bit selalu menceritakan hasrat hatinya untuk membawa masyarakat Uma Vaha berpindah ke batang Balui kepada sahabat karibnya iaitu Ajan Bilong. Selepas kembali dari Terakan, Tingai Bit terus menerus mendesak dan berharap berharap supaya Ajan Bilong boleh mengetuai rancangan mereka untuk berpindah ke batang Balui kerana beliau sudah agak berumur dan tidak mampu untuk mengerjakan hasrat itu dan lagipun beliau mempunyai keyakinan yang sangat tinggi terhadap Ajan Bilong mampu untuk mengetuai rancangan mereka berdua itu. Namun begitu, Ajan Bilong juga tidak dapat berbuat demikian kerana dia tidak sihat tubuh akibat satu kemalangan dan lagipun dia harus menjaga keluarganya yang pada masa itu mendapat ada bayi yang baru lahir. Hasrat Tingai Bit dan Ajan Bilong sangat kuat untuk membawa masyarakat Uma Vaha ini ke batang Balui kerana mereka tahu mereka pada asalnya adalah dari sana.
Walaupun kedua-dua pemimpin ini masing-masing mempunyai halangan untuk melaksanakan rancangan mereka, tetapi itu tidak melunturkan semangat mereka untuk terus membawa masyarakat Uma Vaha berpindah. Akhirnya Ajan Bilong berbincang dengan abangnya Chau Bilong supaya meneruskan usaha yang telah dimulakan oleh dia dan Tingai Bit.


No comments:

Post a Comment