Sunday, November 7, 2010

Sejarah Uma Vaha

PENGENALAN

Uma Vaha adalah satu cabang suku kaum kenyah. Kenyah Uma Vaha mempunyai beberapa panggilan lain iaitu Uma Baka’ dan Uma Bakah. Menurut sejarah dan cerita orang tua-tua masyarakat kenyah Uma Vaha asal-usul mereka adalah daripada Hulu Batang Ai yang terletak di Sarawak, Malaysia.Suku kaum ini pada ketika itu hidup berpindah-randah sehinggakan pada masa kajian ini dibuat, para pencerita memberitahu bahawa sebayak lebih 24 perpindahan dalam masyarakat Uma Vaha telah berlaku dari Hulu Batang Ai sehingga ke Uma Bakah Sungai Asap, Sang Anau dan Long Bulan.

Sejarah tentang asal-usul Uma Vaha biasanya diceritakan dari generasi ke generasi dan tidak ada catatan bertulis atau kajian terperinci mengenai sejarah Uma Vaha. Ada pun penulis sejarah masyarakat dayak di Kalimatan seperti Antonia Soriente menyentuh mengenai Uma Vaha yang dipanggilnya Uma Baka’, tetapi catatan mengenainya sangat sedikit. Beliau menyebut dalam kajiannya bertajuk “Mancaleny and Usung Bayung Marang:A collection of Kenyah stories in uma longh and lebu kulit languages”, bahawa Uma Vaha termasuk di dalam rumpun Uma Longh. Menurutnya lagi, Uma Longh itu adalah termasuklah Uma Alim dan Uma Lasan.

Tempat-tempat yang pernah menjadi persinggahan perpindahan yang sempat diingat adalah seperti berikut; Batang Ai, Lubok Antu, Long Akah, Apau Bese’, Apau Kenyok, Apau Liwang, Lefu’un Bio, Long Bejungan, Lidong Yok, Long Pulo’, Long Po, Long Kemerik, Long Iron, Long Tafak’, Apau Bungan, Sungai Tata, Data Jalin, Musang Abong Ak, Musang Ajang, Long Mesak, Batu Mavun, Long Sekedok, Long Marong, Long Item(1945), Long Jawe’ (1956), Long Bulan (1958), Sg. Asap/Koyan dan Sang Anau (1999 April). Susunan rentetan perpindahan yang di atas adalah tidak mengikut urutan dan sumber ini diceritakan olechronicle uma vahah Poi Uling (Suling Irang), Pusup (Usat Tinggai) dan Poi Urak (Purak Luat).
Di Sarawak, Kenyah Uma Vaha tinggal di daerah Belaga. Di sana mereka terdiri daripada dua buah kampung iaitu Kampung Uma Bakah, Sungai Asap dan Kampung Sang Anau, Tunoh. Walaubagaimanapun terdapat segelintir daripada mereka yang masih menetap di kampung lama Long Bulan. Manakala, di Indonesia, Uma Vaha menetap di Kabupaten Berau. Sebelum itu mereka tinggal di Desa Batu Bajang Kecamatan Long Bangun bersama sebilangan Lepo Tuhong (Umaq Tukung).
Fokus utama atau skop penulisan ini adalah akan merangkumi perpindahan semula masyarakat Uma Vaha dari Indonesia, tokoh-tokoh yang terlibat, serta jerih-payah yang mereka lalui demi membawa masyarakat Uma Vaha ke satu tempat di mana mereka boleh menjalani hidup yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment